Saturday, 29 September 2012


Perhatian kepada semua sahabat PLF,
Sila baca dengan mendalam perkara (65-71) dalam belanjawan 2013 !
jangan kita tidur panjang di Tepi Lombong Emas!!

Latihan dan Kemahiran
65. Berganjak kepada soal modal insan, yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif, program latihan akan dibentuk untuk mengasah kemahiran baru selaras dengan keperluan industri masa depan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju. Bagi tujuan ini, pada tahun 2013, sejumlah 3.7 bilion ringgit akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

66. Setiap tahun hampir 180 ribu graduan berkelulusan diploma dan sarjana muda menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi. Untuk membantu mereka yang masih menganggur, maka Kerajaan akan melancarkan Graduate Employability Blueprint pada penghujung tahun 2012. Rangka kerja ini akan memberi tumpuan untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan. Dalam hal ini, Kerajaan akan menubuhkan Graduate Employability Taskforce dengan peruntukan 200 juta ringgit.

67. Kerajaan telah melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia atau dikenali sebagai SL1M yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan soft-skills dan on-job-training di syarikat swasta melalui galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan oleh pihak syarikat. Galakan ini telah diberi mulai 1 Jun 2012 sehingga tahun 2016.

68. Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran. Langkah ini akan dapat memanfaatkan hampir 40 ribu pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 5. Kerajaan juga memperuntukkan 366 juta ringgit bagi menaik taraf serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara.

69. Pelbagai program latihan kemahiran akan dilaksanakan selaras dengan matlamat mentransformasikan industri utama negara berteras kepada teknologi tinggi, berinovatif serta berpendapatan tinggi. Ke arah ini, tumpuan akan diberi bagi melahirkan tenaga kerja profesional dan berbakat di dalam industri terpilih termasuk industri minyak dan gas, perkapalan, ICT, kreatif serta bioteknologi. Bagi tahun 2013, dijangka seramai 5,000 pelatih akan menyertainya. Di samping itu, Petronas akan menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID.

70. Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan. Selaras dengan itu, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran. Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional.

71. Bagi memastikan golongan pekerja swasta adalah sentiasa sihat dan produktif dalam menyumbang kepada pembangunan syarikat dan ekonomi negara, aspek kesihatan mesti diberi keutamaan. Untuk ini, PERKESO akan menyediakan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit bagi membolehkan ahlinya seramai 1.4 juta orang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di hospital Kerajaan atau klinik panel PERKESO. Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit, kepada semua pekerja yang berumur antara 40 hingga 55 tahun.
Like ·  ·  · 29 September at 15:05
  • Mohd Nadzrin Wahab Kita perlu adakan roundtable diskasyen. PLF yang hendak apply ke kerajaan secara persendirian boleh, tetapi jika kita bekerjasama melalui syarikat baru kita, akan jauh lebih tinggi kredibiliti dan impaknya.
  • Din Deraman >Saya setuju dengan pandangan dan saranan saudara Nadzrin Wahab . saya sokong sokmo-sokmo !
  • Mohd Nadzrin Wahab Boleh tuntut aiskrim ke?
  • Din Deraman >Perhatian !
    Kerajaan memperuntukkan 50 juta ringgit bagi menyokong dwi peranan wanita ini dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:

    Pertama : Seramai 500 wanita akan dilatih di bawah Program Pengarah Wanita untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga
     pengarah syarikat;

    Kedua : Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) akan dipertingkatkan untuk memberi khidmat nasihat dan latihan kepada ibu tunggal dalam bidang keusahawanan; dan

    Ketiga : Program Get Malaysian Business Online (GMBO) bagi membantu 50 ribu usahawan kecil, terutamanya wanita melonjakkan perniagaan dengan meningkatkan jualan secara atas talian dengan geran seribu ringgit melalui peruntukan 50 juta ringgit oleh SKMM. 

    Keempat : Peruntukan sebanyak 25 juta ringgit untuk kemudahan pemeriksaan percuma ujian Mamogram. Langkah ini dijangka dapat memanfaatkan seramai 100 ribu wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Din Deraman > Lagi dan lagi....
    117. Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak 50 juta ringgit. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbi
    ngan.

    118. Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan oleh SME Bank. Dana pinjaman mudah ini adalah untuk belia berumur 30 tahun ke bawah dengan subsidi kadar faedah pinjaman sebanyak 2 peratus dan had maksimum pinjaman sebanyak 100 ribu ringgit serta tempoh bayaran balik selama 7 tahun.
  • Nura Muna Abdul Halim Pertama : Kak Awah and Muna are aware of it. :)
    PLF Sdn Bhd maju terus! Amin...
  • Mohd Rizal Hassan Nura Muna Abdul Halim And Tharwah Kassimwill be very successful businesswomen, InsyaAllah :)
  • Ejul Lutfi i like business, i like entrepreneurship!
  • Tharwah Kassim alhamdulillah for your Doa Rizal!
  • Mohd Amin Said Bidang teknik dan vokasional (TVET) adalah satu bidang yg semakin dapat perhatian kerajaan dan ia sudah menjadi bidang penting negara2 maju. Pada tahun sebelum ini banyak tender2 kerajaan berimpak tinggi berkaitan latihan telah diberikan kpd trainer2 luar negara spt drp Singapura, Australia dan Amerika. Keluarga PLF perlu berbincang secara spesifik jika ingin memmasuki pasaran ini. Sebagai bekas penilai tender2 kerajaan berkaitan latihan dan pengalaman 20 tahun dlm bidang TVET InsyaAllah saya boleh membantu .....3.7 billion tu
  • Mohd Amin Said saya membayangkan kalo duit 3.7 billion ditukarkan dgn duit seringgit dan dilambakkan dalam stadium Paroi, PLF dan ahli keluarga boleh main sorok-sorok. Sifu Mohd Rizal Hassanakan jadi pemain pertama yg akan ditutup mata jadi anchor .....hehehe
  • Intan Kamariah Assalamualaikum, sayabnak tolong tambah. Dalam sektor universiti, 5 buah universiti bertaraf Universiti Penyelidikan mendapat dana untuk inovasi.. Ada sesiapa berminat membina modul inovasi dan kreativiti?

No comments:

Post a Comment