Sunday, 30 September 2012


This story is a golden oldie, but one worth repeating :)

“Kisah Professor Dengan Si Pengayuh Sampan”

Satu hari seorang professor ingin menyeberangi sungai dengan sebuah sampan yang dikayuhi seorang penambang. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”

“Tidak. Saya buta huruf,” Jawab si penambang.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”

“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”

“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak sampai ke tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si penambang bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”

“Err…errr, saya tidak tahu laaa,” jawab professor dalam keadaan panik.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

What is you learning from this?
Like ·  ·  · 30 September at 03:52

No comments:

Post a Comment