Tuesday, 14 August 2012


Sahabat baik - Pn
Mariam Hanum seorg ibu dr KAFA MURNI telah offer Kak Ita bangunan kedai dipusat perdagangan Paroi (tapak kem askar) utk dibeli dijadikan Premis MURNI CDC (childcare & development centre sdn bhd)- bernilai lbh dr 1.2 juta - 3 tingkat , with some discount! menarik tawarannya tau! Sebagai ahli keluarga semestinya kak ita tanya family PLF . Sgt3 minat utk miliki bangunan sendiri yg selama ni menyewa je. Siapa bole bg nasihat dan pada siapa boleh kak ita minta nasihat! Mohon pandangn dr ahli3 yg sgt3 bijak pandai
Unlike ·  ·  · 14 August at 18:26 via Mobile


  • Mohd Rizal Hassan Saya cadangkan elok Kak Ita tanya Fauzul dan Hafiszi :)
  • Tharwah Kassim buat cost benefit analysis kak.... dalam bahasa PLF ... buat SOIF dulu.... ;)
  • Nura Muna Abdul Halim Ya!! SOIF dulu kak! Kak Ita, Muna di Rembau nih. Kot nak SOIF sesamo koba la... Takat Somban tu, bulih yo datang... Hehe...
    14 August at 20:06 via mobile · Like · 2
  • Fauzul Naim Ishak Saya cadangkan buat satu kajian pasaran dalam radius 30 KM. Adakah jumlah penduduk mencukupi untuk pembangunan perniagaan jangka panjang dan pendek? Adakah jumlah perniagaan serupa wujud dan mampukah 'kek perniagaan' dikongsi serta memberikan keuntungan yang wajar untuk semua? Apakah yang boleh dibuat berbeza oleh pihak Puan bagi memastikan perniagaan dirancang dapat bertahan dan maju ke hadapan? Sedikit pandangan :)
  • Rozita Kamil Tn Fauzul yg bijak bistari n all PLF family,The shoplot is so near my existing centres with 190 children ages from baby to 12 years. MURNI CDC is now renting 4 premises @ RM2250 per month, so x de masalah pasaran. Ada ke bank bole bg pinjaman sbanyak itu .Downpayment nya ? Sebaiknya buat purposely built which is child friendly atas tapak tanah yang lapang. Mana nak cari near my existing centres. Mhon pecerahan wahai family ku Tn Fauzul yg bijak pandai juga komen n pandangan semua.
  • Fauzul Naim Ishak Berdasarkan pengalaman saya Puan Rozita Kamil, bank tidak ada masalah untuk memberikan pinjaman selagi mana pelanggannya mampu untuk mengeluarkan deposit, cagaran dan prestasi syarikatnya memberangsangkan. Apa yang saya dapat tahu antara bank dikategorikan mesra pinjaman sekarang adalah HSBC. Jika pihak Puan berpandangan kawasannya strategik dan sudah ada pelanggan tersedia, maka keputusan membeli bangunan adalah keputusan tepat terutamanya buat perancangan jangka masa panjang. Ia menjadi aset kukuh untuk pembesaran syarikat. Jika dana mencukupi dan harganya menarik, teruskan sahaja dengan idea ini. Pandangan 20 sen daripada saya :)
  • Noraminah Omar Pn Rozita Kamil : Saya pernah melalui pengalam yang sama. Setelah membaca apa yang Fauzul Naim Ishak sebutkan adalah tepat sekali. Bergantung kepada berapa jumlah pinjaman, kebiasaannya, bank akan memberikan 80% dari harga bangunan untuk pembiayaan. Maksudnya, sekiranya harga bangunan RM1mil, RM800k adalah pembiayaan yang mungkin. Syarikat perlu menyediakan RM200k sebagai downpayment. Ini belum termasuk kos guaman dan kos-kos lain. Sesetengah bank melihat kepada 'annual return' syarikat. Berikut adalah beberapa langkah yang saya pernah buat semasa dalam perancangan yang sama: 1. Bincang dengan akauntan syarikat.Mereka mempunyai pendangan yang lebih tepat berdasarkan kacamata 'wang' syarikat. Mereka juga mungkin akan menasihatkan untuk membeli bangunan atas nama peribadi daripada menggunakan nama syarikat atas sebab-sebab tertentu. 2. Dapatkan maklumat pembiayaan dengan tepat dari bank. 3. Jika berminat, boleh dapatkan pembiyaan dari agensi kerajaan, kena tahan dengan karenahnya. Terkini, mungkin ada bank yang telah mengubah polisi pembiayaan membeli bangunan perniagaan. -- Keadaan saya pula tidak membenarkan untuk saya mendapat pinjaman pembelian bangunan atas beberapa sebab perjanjian pinjaman perniagaan sedia ada bersama PUNB. Semoga berjaya ya kak!
  • Hafiszi Othman Perkara berikut diusulkan untuk membantu Kak Ita menSOIFkan perancangan ini.

    1. Apakah matlamat kewangan syarikat Kak Ita. Jika ada, adakah dengan memiliki bangunan sendiri dengan
     harga berkenaan adalah termasuk matlamat berkenaan. Jika belum ada, Kak Ita mesti/patut consult mana-mana perunding kewangan atau akauntan bertauliah lagi amanah bagi membantu Kak Ita menyediakan Grand Plan kewangan syarikat.

    2. Dalam perniagaan pembelian aset dirancang, jika ianya satu peluang baik seperti bulan jatuh ke riba ia perlu dinilai mendalam.

    3. Dalam pembelian aset seperti ini, kemampuan mesti mengambil kira dana untuk mengisi bangunan berkenaan. Jika hanya untuk pelaburan tidak perlu difikirkan pun. Anggaran kasar renovasi bangunan sekitar 22 X 75 (dua tingkat) akan menelan kos sekitar RM300k lagi.

    Sekadar itu yang sempat saya ajukan buat masa ini. Moga membantu sedikit sebanyak.
    15 August at 06:40 via mobile · Like · 6
  • Rozita Kamil Terima kasih byk2 Sifu,Fauzul, noraminah dan Hafiszi krn telah memberi pandangan yg sgt3 bermakna , maaf lambat respon krn dah sibuk raya.....ni baru nak perasan dan nak fikir balik. Semoga allah balas dgn setimpalnya,!
    24 August at 01:03 via mobile · Like · 2

No comments:

Post a Comment