Alhamdulillah :) Ayahanda Muhammad Fazlaidha is recovering nicely :)

Prit! Prit! Ayah bangun!
Subuh. Ayah bangun awal bagi menunaikan solat subuh.

Usai solat coach memulakan tugasnya, "Ayah, kita berlatih berdiri sekarang."
Ayah sudah nampak perubahan pada tenaganya. Tidurnya kurang, berdirinya makin bertenaga untuk bangun sendiri.
"Ayah, mahu berjalan?" tanya coach pagi ini. Ayah setuju, dan pagi ini langkah kecil ayah perlahan-lahan menuju ke kerusi.
"Apalah, sekejap sahaja patutnya ke tingkap" pernyataan keluar dari mulut ayah. Memang benar, sekiranya kita dalam keadaan sihat.
Ayah sudah mahu beraktiviti seawal ini, satu pencapaian yang bagus dalam laporan kendiri coach.
Bila coach Fazla sudah datang, tiada satu pun akan terlepas, waima ibu dan bapa sendiri! Semuanya mesti rajin bersenam agar cepat proses pemulihan berlaku.
(Hari ini semoga dipermudahkan dan dapat temujanji Physio dan Terapi gerak kerja juga temujanji dengan bahagian mata. )
Assalammualaikum dan selamat pagi Isnin semua. Hargai nikmat sihat yang diberiNYA dengan jaga pemakanan juga bersenam. Bukan setakat tengok-tengok depan cermin sahaja :).
(Nota gambar : Sewaktu Arina Sofia menziarahi atuknya lebih kurang seminggu yang lepas)

No comments:
Post a Comment