Sunday, 12 August 2012


Saya berpengalaman mengendalikan banyak kes masalah social remaja yang serius seperti dadah, sex bebas, homoseks dsb. Bekerja dengan banyak NGO, sekolah, IPT dan syarikat latihan membuatkan saya menyedari satu masalah yang wujud. Ramai ibu bapa diberi nasihat-nasihat (bukan dari saya) yang terlalu umum seperti “kena SAYANG anak remaja”.

Tanpa mereka diberi panduan bagaimana melakukannya dengan teknik yang spesifik, mereka akan melakukannya dengan cara mereka sendiri. Masalahnya, dalam banyak situasi tindakan mereka lebih memburukkan keadaan. Apabila mereka kembali berhadapan masalah dengan anak remaja, mereka akan menghubungi saya kembali dan merungut “Saya dah tak tau nak buat apa lagi, Cikgu. Tiap-tiap hari saya dah leterkan anak saya tu, biarlah dia benci saya. Itu tanda SAYANG saya pada dia”

Oleh sebab ramai sahabat-sahabat PLF yang bertanya tentang buku saya, di sini (mohon izin Sifu Rizal) saya sertakan gambar buku saya. Buku ini penuh dengan teknik dan straegi spesifik untuk menangani masalah remaja berdasarkan Al Quran As Sunnah dan Kajian Psikologi Moden.

Berikut adalah pendapat penceramah tersohor, USTAZ Dr ZAHAZAN MOHD tentang buku ini “Saya mengucapkan tahniah kepada penulis kerana beliau telah berjaya menghasilkan buku ini melalui pendekatan yang santai dan mudah serta mesra pembaca. ..Dengan terlahirnya buku ini, semoga usaha untuk membentuk anak-anak yang hebat di dunia dan akhirat akan tercapai.”

Like ·  ·  · 12 August at 23:23

No comments:

Post a Comment