Wednesday, 15 August 2012


Assalamualaikum, tujuan utama post ini adalah untuk mengucapkan terima kasih. Sempena ramadhan yang akan meninggalkan kita lagi beberapa hari lagi untuk tahun ini, ummul mengambil kesempatan untuk memohon maaf dan berterima kasih kepada kalian semua.

Impian ummul adalah menjadi PLF dari kecil, sekolah rendah lagi. Ummul hanya bayangkan ummul nak jadi PLF walaupun pada mulanya belum muncul perkataan Professional Learning Fasilitator. Zaman kanak-kanak ummul menggelarkan " jadi cikgu tapi bukan mengajar disekolah hari-hari" Time tu tak tau nama PLF ni, sekarang dah tau, ummul berkata saya jadi PLF :)

Ummul mengaku pada mulanya dan setiap kali berjumpa dan mengikuti program tuan Mohd Rizal Hassan , ummul selalu tertanya-tanya. " ya Allah apa aku nak buat ni, macam mana nak menghadapi dia ni? ya Allah sebenarnya aku sahaja yang merasa begitu, mereka semua tak tau apa yang aku rasa, jadi boleh ye ya Allah aku buat relax je" itu dialog ummul dalam hati. Ummul lebih suka diam kerana suka menerima dan dalam masa yang sama sedang berdialog dalam diri. Lepas ni tak ada lagi diam2 ni.. ummul akan jadi budak nakal bak kata aryll ;)

Ummul merasakan sebegini disebabkan ummul rasa bersalah kerana ummul bersama dengan keluarga PLF tanpa bersama dengan orang yang mengenalkan ummul kepada PLF. Hari ini ummul telah melakukan usaha yang terakhir dan hasilnya ummul merasakan tenang dan lebih teruja untuk bertindak lebih hebat bersama family PLF. Seorang yang pergi beratus yang datang :) Tiada bangau lagi dan ummul akan halau sebelum bangau itu tercanggak di bahu ummul, syyuuuuu !

Ucapan ini ditujukan khas kepada Sofiyah Satuyah Rasin, Ateh Zuhairi Nopiah & geng Attractive!, Cikgu Azlin, Mohd Rizal Hassan, Aryll MonsterGergasi, Nor Hasdilla, Syukria dan semua warga family PLF. ( Ramai sangat nak sebut )

Teringat ayat ini semasa program NLP, " ni mesti ummul yang semangat datang dan pujuk cikgu lin datangkan? " Hakikat sebenar adalah cikgu lin yang sponser dan memujuk saya untuk datang. Cikgu lin yang semangat. Dan program PLF yang lepas ateh yang sponser dan memujuk supaya ummul hadir. Terima kasih semua.. Walaupun rasa bersalah dan dalam masa yg sama ummul rasa sangat happy dapat pergi dan bersama sahabat2 yang suka hati membantu dan beri semangat. Impactnya adalah sangat luar biasa ! Program PLF memang sangat luar biasa kerana melahirkan insan-insan yang luar biasa melalui ilmu yang dikongsikan. Terima kasih semua sekali lagi, anda semua amat berharga dalam diri ummul, dan ummul sangat bertuah mengenali family PLF :)
Like ·  ·  · 15 August at 02:41

No comments:

Post a Comment