Friday, 17 August 2012


Assalamualaikum keluarga PLF ku (^__^)

Allah, lagi satu hari sahaja lagi kami dapat merasa nikmat Ramadhan tahun ini. Jika kami di beri pilihan, kami ingin berada dalam Ramadhan ini lebih lama lagi, sebulan terlalu pendek masa yang kami lalui. Sesungguh Engkau lebih mengetahui kemampuan hamba Mu dan pasti terselit seribu kelebihan yang Engkau berikan Ramadhan sebulan dalam setahun. Kami bersyukur atas nikmat Ramadhan yang Engkau berikan pada kami Ya Allah.

Ya Allah, adakah kami layak untuk menikmati Aidilfitri sedangkan amat sedikit amal ibadah yang kami lakukan dalan Ramadhan kali ini. Kami yakin ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Pengasih lagi Penerima Taubat. Jadikan lah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik berbanding Ramadhan-Ramadhan yang lepas dan terima lah amal ibadat kami yang sedikit ini ya Allah.

Ya Allah yang Maha Pengampun dan Penerima taubat, ampunkan dosa kami ya Allah, dosa kecil mahupun yang besar, dosa yang sedar mahupun tidak sedar. Berikan lah kesejahteraan kepada Nabi kami iaitu Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabatnya. Ampunkan juga dosa2 ummul wahai keluarga PLF sekalian, halalkan segala pemberian yang kalian berikan dengan keikhlasan. Salam Aidilfitri kepada semua hamba Allah dan semua keluarga PLF yang bersungguh-sungguh mangaut nikmat Ramadhan dan melakukan amal ibadah kepada Nya.

(^__^)

Like ·  ·  · 17 August at 23:17

No comments:

Post a Comment