Salam. Selingan Ramadhan. Gambar ini along sedang bersama dengan anak yatim di Tak Bai , Thailand hari Ahad lepas (5 Ogos 2012) dalam misi memberi bantuan sempena aidil fitri dan juga sempat menyampaikan satu slot motivasi kepada 156 orang anak yatim untuk terus yakin dengan masa depan Islam yang cerah walaupun persekitaran muslim minoriti yang mencabar. (flashback kejadian pembunuhan beramai-ramai muslim di Tak bai pada bulan ramadhan/ oktober 2004 yang sangat menyentuh hati)
Insya Allah Rabu ini akan terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Dr Surin Pitsuwan, Setiausaha ASEAN untuk berbincang mengenai Isu Rohingya dan juga menyampaikan slot motivasi di Jakarta pada hari Khamisnya. Mengikut perancangan, Insya Allah akan terus terbang ke Mnyanmar pada hari Jumaat ini untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa kekejaman junta tentera Mnyanmar kepada muslim minoriti Rohingya.
Setakat ini kutipan dana secara besar-besaran sedang dibuat dan alhamdulillah ramai yang telah menyumbang, jika keluarga PLF mahu turut serta menderma kepada muslim Rohingya ini.. boleh hubungi Along personally untuk details. Moga Allah berkati usaha kita di bulan Ramadhan ini . Amin
No comments:
Post a Comment