Pagi tadi menuntut ilmu membina Model Busines. Dalam membina sesuatu model business tertumpu kepada aspek P ialah bagaimana perniagaan menjanakan keuntungan. Kalau penumpuan perniagaan hanya dalam bentuk keuntungan RM iaitu aspek (P) iaiatu physikal, maka halangan utama untuk menjalankan perniagaan juga ialah faktor RM iaitu modal. Modal biasanya terhad. Kalau perniagaan bermatlamatkan keuntungan intelek (I) maka meskipun perniagaan tidak memberikan keuntungan dari aspek RM tapi dari aspek Intelek ini ialah peningkatan ilmu meningkatkan kepandaian umat dan memindahkan ilmu dan modal insan. Keuntungan dari aspek emosi (E) ialah satu perasaan kepuasan, kegembiraan, ketenangan disamping membina jaingan dan rangkaian kenalan untuk perniagaan masa depan. Manakala keuntungan dari aspek Spiritual (S) ialah ganjaran pahala yang diberikan oleh Allah swt.
Aspek P adalah terhad manakala aspek S adalah tidak terhad. Maka perniagaan sebenarnya boleh berkisar untuk mencapai keuntungan aspek I dan E yang mana lebih mudah dicapai dan sumbernya tidak terbatas (resourcefulness).
Aspek ini membawa kita memahami bahawa ada nikmat2 Allah yang diberikan kepada kita setelah kita meminta (kesihatan, rezeki, iman, makanan, keuntungan) dan ada kalanya nikmat yang Allah berikan tanpa kita memintanya pun (udara, penglihatan, cahaya, nyawa, dsb)
Kesimpulannya dalam membina model perniagaan mengikut Model PIES ini membantu kita memahami bahawa Allah swt memberikan apa yang kita minta dan juga memberikan apa yang kita tidak minta. Perniagaan boleh sahaja dimulakan meskipun tiada modal RM atau dengan apa yang kita ada~♥ — with Din Deraman at Akademi Sinergi, Bangi.
No comments:
Post a Comment