Assalamualaikum Keluarga PLF Luar biasa!
SELAMAT HARI RAYA, maaf zahir batin.
Mohon diampuni dosa, kesalahan dan kesilapan dari pertuturan yang tidak berbahasa, yang menyinggung mana-mana hati hamba Allah, dari termakan terminum dari kalangan anak-anak, adik-adik semua (abang kakak tak ade kan), halalkan segala yang telah di hulurkan kepada Ummi, Puan, Akak, Aunty ini... entahkan Ramadhan ini adalah yang terakhir buat KU...
Sering ku terbayang di minda ini
Setelah sekian lama bersua denga Keluarag PLF
Sejak Januari 2012 yang baru lalu
Pelbagai 'ilmu telah dikongsi, dicurah dan diberi
Tanpa penat, lelah, jemu dan serik
Dari Si Fu Mohd Rizal Hassan dan semua yang bergelar PLF
Dari Mohd Nadzrin Wahab yang telah sabar
Merelakan masa dan ideanya dengan sesi brainstorming
Dari Aryll MonsterGergasi yang dengan rela hati
Tidak pernah kenal erti penat coaching
Power Points yang canggih manggih
Dari semua para ilmuan yang sentiasa berkongsi....
Sekiranya Ramadhan ini adalah yang terakhir buatkan...
Sesiapa yang menjiwai dan dapat menjiwai
Module S.U.M.O. sila lah terima ...
DAN sambongkanlah legasi ku
Yang belum sempat ku sampaikan
Kepada target audience KU...
Sampaikanlah Dengan penuh passionate
Sambonglah legasi ini...
Kerana titik noktah ku tidak ada penghujungnya...
Walau nafasku terhenti di sini
S.U.M.O akan tetap hidup
Mencari sasaranya demi anak-anak remaja tercinta
Ia adalah kesinambungan yang amat penting
Dari Ibu kita ubah, bina dan kukuhkan
Tembok BARU untuk kita bela nasib
Demi generasi akan datang
Sekiranya perjuangan ku belum selesai
Langkah bersemangat dari kalian
Pasti Allah lancarkan dan permudahkan
Sampaikan module sebaik mungkin
BUKAN kerna nama
BUKAN kerna wang ringgit
Tetapi kerana membela nasib
Ibu-ibu yang teranaya, anak-anak yang menjadi mangsa
Masa hadapan anak-anak ini, bermula di sini
S.U.M.O dengan izin dan redha Nya
Pasti akan mampu mengubah keadaan
GETIR dahulu, getir sekarang
JOM Ubah persepsi... tidak lagi getir
Pada masa hadapan...
Program remaja dijalankan bertalu-talu
KEKESANANnya... terlau amat tergantung
Kepada persekitaran di rumah
Tempat mereka dibesarkan, diasuh dan dididik
JOM! Sama-sama kita tolong IBU mereka
IBU tunggak dan tiang seri!
Supaya dia kembali tenang, damai dan tenteram
Seperti sebelum dia membuat pilihan satu ketika dulu
Taburkan UNIVERSAL LOVE AND AFFECTION
DI DALAM program-program untuk remaja
Supaya tidak terselah "high and Dry"
Tanpa the sharing of Love!
Make them feel loved, appreciated and important
Tunjukkan, display, make them feel
Love is there... not just in the air!
Suntikkan ke dalam jiwa, rohani dan sanubari mereka
Pada saat yang sama
Suntikkan kedalam jiwa IBU
Pasakkan dengan apa jua cara (yang halal dan legal)
UNIVERSAL LOVE AND AFFECTION
Supaya IBU kembali dengan perasaan penuh tenang
Ibu pulang membawa nafas baru
Udara baru, iltizam baru, niat baru
Untuk menjadi pendidik yang ber'ilmu!
Untuk menemui jalan pulang yang lebih bermakna
Ibu pulang dengan semangat berkobar-kobar
Membakar jiwa, minat dan kebolehan
Hidup pasti diteruskan
Ibu jadi lebih tenang, mengatur langkah
Lebih teliti memilih aktiviti
Penuh manfaat dan berguna untuk keluarganya...
Ya Allah Robbiyassir wa latu'assir
Robbi atmimbilkhoir...
Aameen.
Sering ku terbayang inilah Ramadhan terakhir buat ku...
Terimalah wasiat ku ini...
6:36pm 17 Ogos 2012
Setia Alam
No comments:
Post a Comment