Saturday, 28 July 2012


I have a serious question to ask.

About the concept of blaming and bangauing. Where we cant really say "Belum ada rezeki lagi" as if blaming Allah for not getting the car we want, or the client we dream of, or anything material that the world has to offer.

How about soal jodoh or belum ada anak lagi?

Any views from abang2, adik2 & kakak2 yang bijaksana? :D
Like ·  ·  · 28 July at 17:28
  • Din Deraman and Nurhannanie Bujang like this.
  • Nadhirah Muhamad Arib bg kami berempat...tak bermakna cakap tak ada rezeki kita menyalahkan Allah...ayat tu bermaksud kita yakin akan rezeki akan ada cuma belum tiba masanya dan Allah lebih mengetahui bila masa yang sesuai...disitu lah ada konsep redha dan ikhlas..
    28 July at 18:39 via mobile · Like · 2
  • Abu Baddri Nabilah saya baharu sahaja pelajari sesuatu berkenaan perkara ini. sila rujuk ayat AL-QURAN, Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
    (Al-Baqarah 2:216)
  • Abu Baddri Nabilah Cadangan saya kepada yang menghadapi situasi yang sama, Beristigfar dan elakkan ungkapan belum ada rezeki. Sebaliknya berdoalah Mudah-mudahan Allah segerakan perkara yang terbaik untuk saya di dunia dan akhirat. SILA rujuk dan fahami ayat ini " Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh."
    (Al-A'raaf 7:183)
  • Aryll MonsterGergasi redha & pasrah.....buka hati & minda... :)
  • Cikgu Alin Assalamualaikum --> Perkongsian daripada bicara tokoh di radio ikim (Ustaz Pahrol) petang tadi tentang perkara ini (belum dapat apa2 yang dihajatkan);
    1) Kita sebenarnya belum bena
    r2 bersedia untuk itu... (niat, kehendak dan usahanya belum betul2 dimaksimakan!)
    2) Kita belum sanggup membayar utk dapatkan apa yg kita mahu! (kita kata kita mahu, namun kita belum sanggup lakukan apa yang dituntut untuk menggapai impian tersebut!)
    # Sesuai dengan pengisian penting sisi coaching dalam nlp plf yang lepas --> Setiap impian dan pilihan yang akan kita lakukan ada risiko. Saranannya, jika ia berbaloi untuk digapai, hadapilah risiko itu!
    p/s : Kena muhasabah diri dulu, termasuk yang mencatat ini...^___^
  • Nura Muna Abdul Halim Tambah dari *p/s - kita kena SOIF muhasabah dulu... :)
    When we started to doubt the future, get back to our faith! Bersangka baiklah dengan Allah...
    31 July at 05:59 via mobile · Like · 5
  • DrRahman Ibrahim Belum cukup usaha...bukan belum ada rezeki...mengikut petikan LUA kita dapat apa yang kita usahakan...Allah bertindak mengikut apa yang hamba Nya sangkakan~♥
  • Hafiszi Othman Ganti 'belum ada jodoh' dengan 'jodoh saya lelaki soleh'. Ganti 'belum ada anak' dengan 'saya mempunyai anak soleh solehah', 'saya ibu yang terbaik', 'saya ada ramai sahabat solehsolehah'.

    Kamu mungkin belum ketemu jodoh atau belum ada anak, maka sudah tentu kamu ada sesuatu yang lain utk disyukuri. Hidup bukan semata-mata utk memiliki, malah ia utk memberi! Bersyukurlah, maka Allah akan tambah! :)
    31 July at 06:52 via mobile · Like · 5
  • Rasheedah CoachSha Saya belajar dari buku Aa Gym: Rezeki setiap manusia sudah ditentukan. Sudah ada bahagian masing-masing. Semut yg kecil ada makanannya. Gajah yg besar ada bahagiannya. Hatta a helpless baby has his own portion. Apatah lagi manusia dewasa yg waras dan bijak. Persoalannya ialah adakah manusia sudah cukup pulun ikhtiar 'mendapatkan' rezeki yg sudah Tuhan tetapkan? wallahu a'lam. bukan tiada rezeki. Belum habis ikhtiar. To fellow PLF, semoga kita KAYA Ikhtiar. Ameen.
  • Nura Muna Abdul Halim Oh! Teringat pulak sharing kami dalam usrah. Org yg mudah dapat apa yg dimahukan kadang2 lupa berdoa merayu pada Allah, lupa pula bersyukur lantaran segala terlalu mudah, usaha pun biasa-biasa jer sebab tak ada perlu ikhtiar sangat. Ujian tu..... Pahala pun tak seberapa. Allah beri kesukaran untuk beri kita pahala lebih. Doa dapat pahala, sabar dapat pahala, usaha dapat pahala, tak putus usaha dapat pahala, cari jalan usaha lain dapat pahala... Adoi!!!! Sayangnya Allah pada saya!!! :)
    31 July at 07:06 via mobile · Like · 5
  • Hanniza Therina Jopri Mashaallah.. byk sungguh ilmu yg saya dpt dpd feedback teman2 semua. moga Allah lipatgandakan lagi pengetahuan tuan puan semua!
  • Abu Baddri Nabilah ingin menarik perhatian ahli keluarga PLF kepada perenggan ini "“Ada seorang guru yang kelihatan sangat kasar apabila beliau menyampaikan ilmu. Namun sampai sekarang ia melekat di hati sanubari. Misalnya, apabila orang meminta supaya guru berdoa, beliau berkata…. anjing tidak pernah meminta orang lain berdoa kepadanya. Dia berdoa sendiri kepada Allah. Tuhan bagi dia gemuk juga”.
  • Abu Baddri Nabilah Artikel sepenuhnya boleh dibaca di sini >>http://muhdkamil.org/blog/2011/10/10/pak-long-doa-dan-anjing-gemuk/
    muhdkamil.org
    ‎1964, saya dilahirkan di Bintang, Besut, Terengganu. Pak Long yang berasal dari
     Kedah tiba di Mekah menggunakan visa haji. Namun yang tersirat beliau mahu menuntut ilmu di Mekah.

No comments:

Post a Comment