Friday, 27 July 2012


Analisis SWOT telah bertukar kepada Analisis SOIF berkat kepintaran ahli PLF yang menghadiri sessi pertama "Business Plan - PLF Way". SOIF adalah merupakan akronim kepada Strength, Opportunity, Improvement dann Faith. Dalam merangka business plan untuk membentuk objektif perniagaan sama ada dalam bentuk MONEY (RM), BRANDING, CLIENTS dan Lain-Lain, setiap PLF haruslah membuat analisis SWOT iaitu Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman. Setelah diperhalusi dan dilumatkan dalam perbincangan sessi petang tadi bersetuju menukarkankan Analisis SWOT menjadi Analisis SOIF. SOIF dalam bahasa Arab bermaksud pedang yang menjadi senjata utama bangsa Arab. Elemen Kekuatan (S) merangkumi sumber2 (resources) yang dimiliki seperti pengetahuan, kemahiran, modul, jaringan yang membolehkan seseorang PLF berbeza dari yang lain. Elemen kelemahan ditukarkan kepada Improvement (I) bermaksud sesuatu yang boleh dipertingkatkan dari segi bahasa, persembahan, tools. Elemen Opportunity (O) dikekalkan sebagai Peluang yang mahu dicapai oleh PLF. Elemen Threat atau ancaman ditukarkan kepada Faith(F) ialah apa yang kita percaya boleh lakukan meskipun kita tidak nampak. Ianya berbeza dari konsep "percaya". Percaya berlaku selepas kita melihat manakala Faith kita mempercayai sesuatu meskipun tidak melihat. Ianya mengarahkan epada Konsep Iman...Faith memberikan kita keupayaan untuk membina "Imagination Board" melangkaui daripada sekadar "Vision Board"~♥ — at Pusat Aktiviti Mahasiswa Universiti Putra Malaysia
Like ·  ·  · 27 July at 20:43

No comments:

Post a Comment