
Hari Pertama Coaching NLP bermula dengan pengenalan NLP yang merangkumi 3 ungkapan utama Neuro (berkeaan dengan minda/fikiran), Linguistic (mengenai bahasa) dan Programming (aturcara). Ianya tentang bagaimana 3 element tersebut saling berhubungan dan bagamana kita memanfaatkannya. Seterusnya Mr Sifu Mohd Rizal Hassan...membawa perbincangan tentang 13 PreSupposition mengenai NLP dan memawa peserta memikirkan mana-mana andainya tersebut yang tidak dipersetujui. Perbincangan hangat tentang andaian "Every behaviour serves a positive intention". Tuan Sfu mengambil contoh orang mencuri makanan - niatnya positif utk mengatasi masalah lapar, meskipun kelakuan itu negatif.
Peserta kemudiannya diperkenalkan dengan 5 Deria utama manusia iaitu VAKOG iaitu Visual (penglihatan), Auditory (pendengaran), Kinesthetic (pergerakan), Olfactory (bau) dan Gestutory (Rasa). Kami juga diberikan penjelasan tentang sifat2 manusia yang mempunyai ciri-ciri VAKOG tersebut. Aktiviti dilakukan dengan peserta melihat kawannya dalam masa sepuluh saat dan seterusnya melihat perubahan. Gosokan tapak tangan bagi mengeluarkan bunyi (aktiviti meneka bunya - auditory) dan seterusnya aktiviti enyentuh bahu dengan menggunakan dua jari bagi mengesan pemilik jari berkenaan.
Seterusnya peserta diperkenalkan teknik menilai VAKOG seseorang melalui pergerakan mata ketika bercakap. Bola mata yang bergerakkan menggambar seseorang itu sedang berfikir. Bola mata yang bergerak ke aras menggambarkan visual, bola mata bergerak kiri-kanan auditory. Sementara kebawah kiri kinesthetic dan kebawah kanan Audio Digital.
Bagi tajuk menjalinkan hubungan (Building Rapport). Peserta diperkenalkan teknik Matcing and Mirroring. Dalam teknik ini peserta ingin membina hubungan dengan client dengan membina persama dari aspek physiology, bahasa badan, expressi wajah, suara, nada, tona, kuat/slow suara (volume), kelajuan, penilaian pergerakan mata, pernafasan dan kandungan.
Dalam tajuk Persediaan Minda peserta di perkenalkan teknik Pre-Talk (mencari kata kunci emosi) client, sejarah, suggestion. Di sini semua teknik Building Rapport hendaklah digunakan bagi mengajak client berasa selesa.
Seterusnya peserta diperkenalkan dengan teknik "Set Pace and Lead - meletakkan client dalam keadaan bersedia untuk bersama kita. Menggunakan segala psysiology, emosi, pemikiran agar client berada dalam "state of elicitation" di mana client bersedia untuk memberikan maklumat.
Tajuk terakhir yang dikongsikan oleh tuan Sifu ialah Anchoring (pasak) dalam bentuk visual (gambar), pendengaran (lagu), kinesthetic (sentuhan). Perkataan Patter juga diperkenalkan kpd peserta yg membawa maksud pertanya yg cepat client tiada masa berfikir, memaksa clint menjwb soalan atau bila client senyap. Perkaaan Chunking pula membawa makna penyataan umum oleh client dipecahkan menjadi kecil bagi mudah diuruskan~♥ — at Dewan Aktiviti Mahasiswa UPM
No comments:
Post a Comment