Wednesday, 13 June 2012


TIP MENARIK KEJAYAAN DENGAN LUA*

Bayangkan (visualize) apa yang diimpikan setiap hari. Antara adab berdoa ialah kita SYUKUR. Dan cara untuk syukur ketika berdoa ialah merasakan bahawa impian kita telah tercapai.

Inilah yang dilakukan oleh Puan Suhaili Ikhsan dalam proses mendapatkan meja makan idaman beliau. Beliau telah percaya sebelum berjaya. Sudahkah kita?..
------
"Sudah lama saya mahukan cermin pada permukaan meja makan saya. Pernah tempah, tetapi sampai hari ini tidak kunjung tiba sehingga failkan tuntutan ke tribunal pengguna.

Hari-hari saya membayangkan meja makan saya ada cermin yang pada bahagian bawah cermin itu boleh saya letakkan hasil kerja anak-anak. Hari ini apabila pulang ke rumah, terdapat satu set meja makan yang dilengkapi dengan cermin di permukaannya yang dihantar oleh adik ipar saya." (Suhaili Ikhsan)

*www.zuhairinopiah.com
Like ·  ·  ·  · 13 June at 08:30

No comments:

Post a Comment