Wednesday, 27 June 2012


Salam Sejahtera

Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI KONVENSYEN KEBANGSAAN INTERVENSI KAUNSELING KRISIS DAN
TRAUMA 2012 DENGAN TEMA “HIDUP HARMONI TANPA KEGANASAN” ANJURAN JABATAN
PEMBANGUNAN WANITA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan
menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Intervensi Kaunseling Krisis dan Trauma
2012 dengan tema “Hidup Harmoni Tanpa Keganasan”. Konvensyen ini akan
diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 2 dan 3 Julai 2012, bertempat di
Dewan Kuliah Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

3. Objektif konvensyen adalah seperti berikut:

3.1 memberi pendedahan, pengetahuan dan kesedaran kepada peserta mengenai
jenis-jenis keganasan yang berlaku di negara ini yang melibatkan mangsa
wanita;

3.2 membolehkan para peserta mengaplikasikan ilmu dan teknik terkini
ketika mengendalikan kes-kes krisis dan trauma dengan kaedah penyelesaiannya
menggunakan intervensi psikologi kaunseling.

3.3 menghasilkan satu pelan tindakan yang bersepadu dan dinamik sebagai
panduan kepada agensi-agensi pelaksana untuk merancang dan melaksanakan
program yang sesuai dan tepat dengan keperluan kumpulan sasar di peringkat
akar umbi.

4. Justeru, bersempena dengan konvensyen tersebut pelbagai aktiviti
menarik seperti pembentangan kertas kerja, pameran informatif dan talking
circle akan diadakan. Peserta adalah terdiri daripada pegawai agensi
kerajaan dan swasta, ahli-ahli akademik, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),
penuntut Institut Pengajian Tinggi serta individu yang berminat dengan topik
yang dibincangkan dijemput hadir ke konvensyen ini.

5. Sehubungan itu, Jabatan ini dengan segala hormatnya menjemput Y.
Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk hadir ke konvensyen ini.
Bersama-sama ini disertakan aturcara tentatif konvensyen untuk rujukan Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/
Tuan/ Puan.

6. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, yuran penyertaan tiada
dikenakan kepada peserta sepanjang konvensyen berlangsung. Sebarang
pertanyaan lanjut mengenai program ini, pihak Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/
Tuan/ Puan boleh menghubungi Cik Fenny Yap Lai Keng di talian
03-83231612<tel:03-83231612> atau emel yap@jpw.gov.my<mailto:yap@jpw.gov.my><
dan Cik Azimah Mohamed di talian 03-83231594 atau emel
azimah@jpw.gov.my<mailto:azimah@jpw.gov.my>,atau Sharifah Balqis Syed Idrus dan Mohamad Khairulazam Mohd Hamdan
di talian 03-83231623 atau emel sharifahbalqis.17@gmail.com<mailto:sharifahbalqis.17@gmail.com>.

--
Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

AZIMAH MOHAMED
Bahagian Bimbingan Kaunseling
Jabatan Pembangunan Wanita
Tel: 03-8323 1594

b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat

s.k. Ketua Pengarah, JPW
Timbalan Ketua Pengarah, JPW

Nota : Penginapan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Urusan tempahan hotel perlu dilakukan sendiri. Cadangan hotel yang
berdekatan adalah seperti berikut iaitu:

1. Hotel Sri Nilai

Pt 12990 Putra Indah 3b,
Bandar Baru Nilai,
71800, Nilai,
Negeri Sembilan
06-850 3370

2. NILAI HOTEL SDN. BHD.
(369619-H)
PT 9999, Jalan BBN 1/3D, Putra Point Phase 2A,
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tel: 06 799 8388
Fax: 06 799 8788
Email: reservation@nilaihotel.com<mailto:reservation@nilaihotel.com><mailto:reservation@nilaihotel.com<mailto:reservation@nilaihotel.com>>

3. Nilai Springs Resort Sdn Bhd (219944-P)
PT 4770, Nilai Springs
71800 Putra Nilai,
Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +606 8502288<tel:%2B606%208502288>
Fax: +606 8502299<tel:%2B606%208502299>
Email: hotel@nilaisprings.com.my<mailto:hotel@nilaisprings.com.my><mailto:hotel@nilaisprings.com.my<mailto:hotel@nilaisprings.com.my>>

4. Allson Hotel Putra Nilai,
PT7182, Jalan BBN 1/2E Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.
Tel: +606 799 8888<tel:%2B606%20799%208888>
Fax: +606 799 8999<tel:%2B606%20799%208999>
Email: info.allsonnilai@allsonhotels.com<mailto:info.allsonnilai@allsonhotels.com>
<mailto:info.allsonnilai@allsonhotels.com?subject=Allson%20Hotel%20Putra%20Nilai%20-%20Enquiry/%20Feedback<https://mail.kpwkm.gov.my/owa/redir.aspx?C=dc2f3e1b75794bc5b34f859790415059&URL=mailto%3Ainfo.allsonnilai%40allsonhotels.com%3Fsubject%3DAllson%2520Hotel%2520Putra%2520Nilai%2520-%2520Enquiry%2F%2520Feedback>>

5. Sai Villa Hotel
PT 7337 Putra Point Phase 1
Jalan 1/2C Putra Nilai
71800 Nilai, Seremban
Tel: +606 7997 887<tel:%2B606%207997%20887>
Fax: +606 7997 997<tel:%2B606%207997%20997>
Email: info@saivillahotel.com<mailto:info@saivillahotel.com>
LAMPIRAN I.doc LAMPIRAN I.doc
32K View Download
Like ·  ·  · 27 June at 10:48

No comments:

Post a Comment