Sentiasa bersyukur walau apapun ujian yang melanda.
Jika diuji dengan kesenangan, ia dilihat sebagai nikmat. Lalu kita bersyukur..
Jik diuji dengan kesusahan, ia dilihat sebagai tanda kasih sayang Allah. Lalu kita tetap bersyukur..
Lebih banyak kita syukur, lebih banyak nikmat dan kejayaan yang Allah berikan. Firman Allah swt bermaksud:
“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
InsyaAllah, perkongsian Tuan Hilmi Isa di bawah boleh dijadikan bekalan untuk kita lebih bersyukur. --- Saya teringat kisah seorang yang bernama Matthew Henry yang hidup pada abad ke lapan belas. Selepas beliau dirompak dia menulis perkara berikut di dalam diarinya:
“Terlebih dahulu biarlah aku bersyukur kerana sebelum ini aku tidak pernah dirompak; kedua, walaupun mereka mengambil wangku, mereka tidak mengambil dompetku; ketiga, walaupun mereka mengambil kesemua wang yang aku ada, ia tak banyak; keempat, aku bersyukur kerana aku dirompak, bukannya aku yang merompak.”
Walau apa jua masalah yang anda hadapi dengan manusia, bersyukurlah dan perbaiki kesulitan berkenaan. (Hilmi Isa) --- Selamat menjadi magnet kejayaan dan kebahagiaan! :)
No comments:
Post a Comment