Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua PLF Family, maaf segala ucapan tidak dapat dijawab kerna Shila sedang memerlukan masa sedikit untuk menguruskan segalanya..Shila ingin ucapkan terima kasih yang tersangat banyak atas segala doa, ucapan dan kata-kata semangat dari family semua ketika Shila sedang menghadapi satu situasi untuk menerima kenyataan bahawa Shila sekarang adalah seorang yatim piatu yang tiada abah dan mak di sisi lagi...sebak bila menaip perkataan ini, Shila redha atas apa yang berlaku, sesungguhnya Allah lebih menyayangi mak dan abah..Shila sangat beruntung dikurniakan suami, adik beradik, keluarga mertua dan my big family..PLF Family yang sangat prihatin dan sayang kan Shila dalam apa jua situasi, senang susah diharungi bersama..terima kasih sekali lagi..pesanan Shila, bagi yang masih ada mak dan abah yang masih hidup, telefonla mereka slalu, penuhi la segala impian mereka selagi kita mampu, gembirakanlah mereka walau macammana sibuk pun kita..terima kasih sahabat dan family ku..terima kasih my sifu Rizal n Rohaya dan terima kasih semua...
No comments:
Post a Comment