Hari ini baru lepas berguru dengan Tuan Fazrul Ismail dalam topik “ Coaching: How To Deal With Negativity”. Kuliah dimulakan dengan mengupas pengertian “Coaching” secara moden iaitu membawa “coachee” kepada satu tingkat yang lebih tinggi sari segi kecekapan, keyakinan, pencapaian dan dalaman jatidiri. Perbezaan utama antara Coach dgn guru, pensyarah, trainer, mentor ialah seorang guru/trainer/lecturer/ mempunyai jawapan (I have the answer) jawapan disediakan oleh mereka. Manakala kaunselor/psychiatrist jawapan berada pada client. Dalam konteks coach juga jawapan diperolehi dari client (coachee). Peserta kemudian dibawa kepada dimensi Guru A+ yang mempunyai tahap yang tinggi dari segi Physical (P), Intelek (I), Emosi (E) dan Spiritual (S). Perbezaan/Output (O) juga berlaku bila kita bertindak (R) dengan habit yang tidak sesuai terhadap sesuatu kejadian (E)pada sesuatu masa tertentu ( E + R = O).
Perasaan negative (negativitiy) berlaku bila banyak menggunakan ayat-ayat negative seperti saya tidak ada ( I don’t have), tidak cukup (not enough), tidak mempunyai kawalan (not in control) dan tidak berkuasa (not powerful). Perasaan negative ini bagus sebenarnya kerana ia membawa kita kepada wujudnya peluang untuk memenuhi keperluan perasaan negative tersebut. Contohnya saya tidak ada kenderaan (P) wujud peluang untuk menyediakan kenderaan. Saya tidak cukup kemahiran - peluang untuk belajar menambah pengetahuan (I) . Saya tidak mempunyai kawalan terhadap perasaan marah ubah dimensi emosi yang stabil (E). Saya tidak berkuasa untuk mengubah keadaan wujud sifat bersyukur atas apa yang ada (S).
Dalam coaching dalam aspek negativity ini peserta di bawa memahami maksud ayat “ Dan Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada Ku (51:56)” terutama Perkataan “hamba” yang emmpunyai istilah kepatuhan, mentaati, rendah diri dsb. Jadi dalam sessi coaching negativity ialah bagaimana Coach men”frame”kan soalan kepada coachee. Ada dua bentuk soalan yang ditujukan kepada coachee iaitu berbentuk “Problem Frame” dan “Outcome Frame”. Coach hendaklah banyak menggunakan soalan yang berbentuk “Outcome Frame” di mana cara penyelesaian lahir dari coachee sendiri berbanding dengan “Problem Frame” . Ini bertujuan untk membantu coachee lebih berorientasikan penyelesaian berbandingkan berorientasikan masalah. Contohnya Problem Frame (PF)(Define the problem / issue ?)Outcome Frame (OF) (What outcome do you want). “What is the worst thing about this problem (PF)””What possible solutions can you think of (OF). “Who is to be blame” (PF)”What resources do you need to assist your outcome (OF). Kesimpulan coach hendaklah membentuk minda coachee berorientasikan penyelesaian bagi memudahkan mereka menyeesaikan hal-hal negative tersebut~♥ — at Universiti Islam Antarabangsa Gombak
No comments:
Post a Comment